Asas Rule of Thirds (RO3) bagi gambar cantik.

Ramai orang tanya, “kena pakai kamera mahal ke kalau nak rakam gambar cantik?” atau “kena pakai iPhone ke kalau nak rakam gambar cantik?”

Weh, kalau aku cakap kamera mahal atau telefon bimbit kamera canggih adalah hanya 10% dari “equation” untuk menghasilkan gambar cantik, mesti engkau nak tahu apa yang lagi 90% kan?

Baiklah. Aku bagi kau 10% yang seterusnya. Lagi 80% aku akan cerita lain kali. Ok?

10% kedua - Komposisi

Percaya cakap aku, komposisi dalam gambar memainkan peranan penting dalam penghasilan gambar yang cantik dan sedap untuk mata memandang.

Hari ini, aku nak perkenalkan Rule of Thirds (RO3).

Asas Komposisi Cantik - Rule of Thirds (RO3)

RO3 ini kau boleh gunakan untuk semua jenis fotografi dan boleh juga digunakan dengan semua jenis kamera, tidak kisahlah samada kamera mahal atau kamera fon.

Bukan setakat fotografi. Malah, pelukis, “designer”, menggunakan RO3 sebagai asas kepada kerja mereka.

Senang sahaja. Kau bahagikan “viewfinder” kamera atau “screen” fon kepada 9 kotak kecil seperti di gambar di bawah.

Asas Komposisi Cantik - Rule of Thirds (RO3)

Kamera sekarang sudah ada opsyen untuk “display” garisan-garisan ini (“gridlines”) dan kau hanya perlu rujuk manual kamera atau fon kau untuk mengaktifkan opsyen ini.

Sifu-sifu yang di luar sana mengatakan jikalau subjek utama dalam “scene” yang kau nak rakam berada di salah dari 4 titik “intersection” garisan seperti gambar 3.

Atau, subjek utama memenuhi 1/3 dari komposisi kau.

Asas Komposisi Cantik - Rule of Thirds (RO3)

Bila kau buat sebegini, hasilnya akan membuatkan gambar kau nampak seimbang dan mata yang melihat akan dapat mengetengahkan subjek utama di dalam gambar kau.

Dan ini tidak akan menjadi jika kau letak subjek di tengah-tengah gambar.

Teknik ini juga amat berguna untuk untuk stok foto.

Dengan menggunakan RO3, gambar kau akan ada “negative space” atau “copy space” untuk digunakan oleh “designer” sebagai ruang letak teks seperti kata-kata inspirasi, artikel, tarikh dan lain-lagi (Gambar 4 - 9).

Asas Komposisi Cantik - Rule of Thirds (RO3)
Asas Komposisi Cantik - Rule of Thirds (RO3)
Asas Komposisi Cantik - Rule of Thirds (RO3)

Kalau kau tidak menjual gambar di agensi stok foto, aplikasikan RO3 dalam teknik merakam gambar dan lihat hasilnya.

Mula lihat keadaan di sekeliling kau dengan RO3. Kau pasti boleh.

Apabila kau sudah mahir, barulah kau boleh “break the rules” macam aku selalu buat!

Aku akan sambung lagi pada artikel seterusnya.

Hafiz Ismail
I Create Awesome Portraits of Business People with My 16 Year of Experience in Commercial Photography.

Original Post was written by me in 2018 - Artikel Asal di Facebook.

Previous
Previous

Why Business Portraits is important for your business?

Next
Next

Portrait of Iskandar from SAC Garment