images by Hafiz Ismail

View Original

Kuatkan Rule of Thirds (RO3).

Kau sudah tahu pasal apa yang dimaksudkan dengan Rule of Thirds (RO3) kan? Kalau belum tahu, aku simpulkan.

Jika kau letak subjek kau di salah satu “intersection” garisan-garisan seperti Gambar 1 di bawah, kau telah mengimbangkan subjek kau dengan subjek-subjek “secondary” yang lain di dalam gambar kau.

Atau, kalau subjek kau memenuhi 1/3 dari “scene” gambar kau seperti gambar 2 di bawah, kau telah menonjolkan subjek kau di dalam komposisi kau.

Kalau kau tak beberapa faham lagi, kau boleh rujuk pos asal aku di sini.

Jika kau dapat “master” RO3 ini, aku berani jamin, gambar kau akan jadi cantik dari segi komposisi. Ini kerana, RO3 adalah asas kepada komposisi fotografi (dan juga “design” dan lukisan”)

Ada kawan bertanya, “bila nak buat RO3 ni? Dalam (fon) kamera ke atau boleh ‘crop’ masa ‘post processing’?"

Aku jawab, aku buat dua-dua. Paling bagus bila kau dapat “compose” dalam kamera.

Tapi kalau tidak sempat atau tidak tepat, aku akan “crop” semasa “post processing”. Contoh semasa “post” ialah dalam Instagram - kau boleh “adjust”, “crop” gambar kau untuk mencantikkan lagi komposisi gambar kau.

Ada banyak lagi teknik komposisi yang boleh membuatkan gambar kau seronok dipandang tetapi kalau kau boleh faham tentang RO3 betul-betul DAN boleh menguasainya, aku rasa kau tidak akan menghadapi masalah untuk “enjoy” fotografi dan dapat menghasilkan karya-karya yang setanding dengan professional yang lain.

Jom aku kongsikan beberapa contoh gambar-gambar aku yang (aku rasa) memenuhi RO3.

Kalau ada yang tidak betul, tolong betulkan aku sebab aku pun belajar dari kau juga.

Paling penting kena selalu practice.

Hafiz Ismail
I Create Awesome Portraits of Business People with My 16 Year of Experience in Commercial Photography.