images by Hafiz Ismail

View Original

5 Teknik Mengambil Gambar Unit Homestay Airbnb

Aku sudah mengambil beratus-ratus unit Homestay untuk Airbnb, Booking, Agoda dan beberapa syarikat yang menguruskan sewaan homestay semenjak 2015 lagi.

Ada banyak teknik fotografi yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar-gambar hiasan dalam untuk kegunaan aktiviti promosi mereka.

Hasilnya, gambar-gambar ini membantu mereka menaikkan hasil tempahan unit mereka setiap bulan seperti testimoni MyRehat.com di bawah.

5 Teknik aku gunakan sebagai asas kepada semua gambar-gambar hiasan dalaman homestay Airbnb klien-klien aku dan ianya boleh digunapakai oleh kamera DSLR atau kamera telefon.

Teknik 1 - Gunakan Tripod

Dengan menggunakan tripod, gambar yang “blur” boleh dielakkan. Bila gambar “sharp”, senang mata memandang.

Teknik 2 - Ambil gambar di waktu siang

Buka semua langsir supaya cahaya dapat masuk menerangi bilik/ruang tamu. Bila ada cukup cahaya, gambar menjadi terang.

Teknik 3 - Pastikan garisan menegak dan mendatar lurus

Ini paling penting bagi aku, garisan vertical dan horizontal perlu lurus supaya nampal professional. Apabila garisan-garisan ini senget benget, gambar menjadi tidak cantik. Kalau gambar tak cantik, klien pun rasa tidak teruja untuk menempah homestay kau.

Teknik 4 - Ambil gambar di paras mata

Jangan ambil dari bawah mendongak ke atas, atau dari atas ke bawah! Gambar perlu dirakam dari paras mata supaya bakal klien dapat melihatnya seperti dari kaca mata mereka sendiri.

Teknik 5 - Tutup tempat duduk tandas

Ini yang paling aku rasa penting bila mengambil gambar bilik air. Sopanlah sedikit apabila tempat duduk tandas ditutup.

Ada lagi tips-tips yang lain seperti mengambil gambar detail, close up dan lain-lain teknik yang boleh membantu meng-awesome-kan lagi gambar-gambar homestay Airbnb kalian.

Itu akan aku kongsi di lain artikel.

Diharapkan kalian dapat menggunakan teknik-teknik di atasa untuk menghasilkan gambar-gambar yang menarik untuk mempromosikan unit homestay kalian.

Tapi kalau rasa susah sangat, boleh sahaja aku buatkan untuk kau!

Klik di sini untuk melihat hasil kerja aku.

Boleh hubungi aku melalui Whatsapp.